2014年6月25日星期三

Pantun yang boleh ditambahkan dalam karangan

Sungguh dalam di tengah lautan
Tempat bertapa sang buaya
Sesal dahulu pendapatan     
Sesal kemudian tiada gunanya
Maksud: Lebih baik menyedari kesilapan awal-awal supaya boleh dibetulkan.

Budak-budak bermain rakit         
    Rakit buluh tolong buatkan   
Harap-harapkan guruh di langit   
Air di tempayan dicurahkan
Maksudnya: Bodoh mendengar cakap orang sehingga diri sendiri kerugian
 
 
Sungguh dalam di tengah lautan
    Tempat bertapa sang buaya
Sesal dahulu pendapatan       
        Sesal kemudian tiada gunanya
Maksud: Lebih baik menyedari kesilapan awal-awal supaya boleh dibetulkan
 
Hang Nadim Hang Setia           
Dua-dua pahlawan Melayu
Tidak kusangka begitu dia       
Ada udang di sebalik batu
Maksud: Berpura-pura baik tetapi sebenarnya menyimpan niat tertentu
 
Kalau ada duit sekupang           
Boleh beli cuka mentahun
Habis padi burung terbang       
Ulat tidak kenangkan daun
Maksud: Lupa diri


Hujan panas turun berderai           
Guruh menyambar pohon jati
Kasih sayang tak boleh bercerai   
    Bagaikan rambut bersimpul mati
Maksud: Perasaan cinta dan kasih sayang yang sangat erat


Kayu bakar dibuat arang               
Arang dibakar memanaskan diri
Jangan mudah menyalahkan orang   
Cermin muka lihat sendiri       
Maksud: Cuba lihat kekurangan diri kita sendiri


Pergi ke rumah Cik Mariam           
Ramai orang tengah berjaga
Carik-carik si bulu ayam               
Lama-lama bercantum juga
Maksud: Adik beradik yang bergaduh, lambat-laun berbaik semula
 
 Limau purut lebat ke pangkal   
    Daun selasih di dalam raga 
Kalau kail panjang sejengkal   
    Lautan dalam jangan diduga
Maksud: Jika tak cukup persediaan, jangan berhajat atau berlagak besar
 
 Tikar pucuk tikar mengkuang,   
Alas nikah raja Melayu;
Ikan busuk jangan dibuang,
Buat perencah si daun kayu.
Maksud: jangan membazir dan haruslah mengamalkan amalan berjimat cermat
 
Cara menggunakannya
Contoh :
Tikar pucuk tikar mengkuang,    (pantun)
Alas nikah raja Melayu;
Ikan busuk jangan dibuang,
Buat perencah si daun kayu.

Pantun warisan di atas mengingatkan kita supaya tidak membuang ikan yang sudah busuk. Sebaliknya, suri rumah yang kreatif seharusnya memanfaatkan ikan busuk itu untuk dijadikan hidangan yang istimewa. Dengan sentuhan yang bijak, ditambah pula dengan pelbagai ramuan termasuk ulam-ulaman, ikan busuk itu akan menjadi makanan yang enak untuk dinikmati. Demikian, maksud secara literal pantun empat kerat di atas. Secara tersiratnya, pantun tersebut mengingatkan kita agar sentiasa berjimat-cermat dalam kehidupan amnya, dan perbelanjaan seharian khususnya. Tambahan pula, agama Islam sendiri melarang umatnya bersikap boros lantaran pemboros ialah sahabat syaitan. (penerangan)

Selepas penerangan, anda boleh memulakan karangan anda !

没有评论:

发表评论