- Cara Pemeriksaan
- BAHAGIAN A :
- 1. Calon boleh menambah idea-idea lain yang tiada dalam bahan rangsangan, tetapi dengan syarat mesti membincangkan idea-idea yang terdapat dalam bahan rangsangan.
- 2. Jika calon menghuraikan 2 daripada tiga idea yang terdapat dalam bahan grafik dengan ditambah 1 isi/ idea sendiri-periksa seperti biasa.
- 3. Jika calon menghuraikan 1 daripada 3 idea yang terdapat dalam bahan grafik dengan ditambah 2 isi/idea sendiri-Maksimum Kepujian
- 4. Calon yang tidak langsung menyentuh idea dalam bahan rangsangan, tidak layak untuk kategori cemerlang, walaupun bahasa dan pengolahan baik.
- 5. Jika calon tidak menghuraikan bahan rangsangan tetapi mengemukakan isi/idea sendiri yang menepati tema bahan rangsangan :terima: Maksimum Memuaskan.
- BAHAGIAN B
- 1. Pemeriksaan dijalankan secara holistik berpandukan peringkat dan kriteria yang ditetapkan.
- 2. Maksud kematangan dalam penulisan :
- (a) cara penulisan pelajar , lengkap dan betul wacana (ada kesinambungan idea )
- (b) Tahap pemikiran /contoh yang diberikan menunjukkan pengetahuan yang luas (tidak hanya berkisar isu-isu di sekitarnya) -bacaan luas
- 3. Semasa penandaan, impression pertama adalah paling tepat kerana kita telah menilai karangan calon dari segi tugasan, bahasa dan olahan secara holistik.
- 4. Elakkan mencari kesalahan calon untuk menurunkan markah calon. Cari kekuatan yang ada pada skrip calon.
- 5. Bagi skrip cemerlang, perlu ada toleransi bagi kesalahan minimum kerana karangan cemerlang bukan bebas daripada kesalahan tatabahasa.
- 6. Perlu dilihat secara holistik kriteria mana yang lebih dominan.
- · 340 - 350 pp Tanda seperti biasa
- · 300 - 339 pp lmpression turun sedikit / markah turun sedikit
- · 251-299 pp Peringkat baik 51 – 65
- · Kurang 250 pp Peringkat kurang memuaskan 21 – 35
- - Jika bahasa baik -markah peringkat KM atas 28 – 35
- - Jika bahasa kurang gramatis - markah peringkat KM bawah: 21- 27
- 7. Kesalahan format hendaklah ditolak maksimum 2 markah.
- 8. Kesalahan ejaan hendaklah ditolak ½ markah dan pemotongan maksimum 3 markah. Tiada pemotongan markah bagi kesalahan ejaan yang berulang.
2014年6月25日星期三
PERINCIAN PEMARKAHAN
订阅:
博文评论 (Atom)
没有评论:
发表评论