2014年6月25日星期三

Penggunaan Peribahasa / Ungkapan / Kosa kataDalam karangan Dimensi Keluarga

  1. Sudah tentu sesuatu perkara yang berlaku tentu ada sebab-sebab yang mendorongnya kerana pepohon pokok tidak akan berliuk-liuk jika tidak ditiup angin. Hakikatnya, pembentukan keperibadian mulia anak-anak bermula daripada institusi keluarga.
  1. Malangnya, kebanyakan ibu bapa kini yang terlalu mementingkan kerjaya menyebabkan anak-anak mereka di rumah berasa tersisih seperti kata peribahasa;  anak kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan
  1. Ibu bapa merupakan uswah hasanah kepada anak-anak di rumah, justeru mereka mestilah sentiasa bersikap penyayang dan berbudi pekerti mulia dan jangan sesekali bersikap seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus, sedangkan diri sendiri berjalan mengiring.
  1. Anak-anak yang berfikiran kudus akan sentiasa mencontohi kelakuan ibu bapa mereka persis kata orang tua-tua bapa borek, anak rintik sementelahan ibu bapa merupakan tempat luahan isi hati dan penyimpan rahsia yang paling dipercayai anak-anak.
  1.  Lantaran itu, ibu bapa sewajarnya mengindoktrinasikan pucuk-pucuk hijau dengan nilai-nilai murni ini bagai menatang minyak yang penuh kerana anak-anak remaja kini sering melibatkan diri dalam kebejatan sosial dan budaya hedonisme yang begitu cepat merebak bagai virus epidemik
  1. Melalui nasihat dan ajaran yang baik, sudah tentu anak-anak akan tahu cara-cara untuk membezakan antara intan dengan kaca kerana mereka tahu  sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi. Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa Institusi keluarga  merupakan uslub yang represif dalam membentuk keperibadian anak-anak.
  1. Ibu bapa mestilah menjalankan obligasi masing-masing dengan tidak bersikap bagai melepaskan batuk di tangga.
  1. Jikalau anak-anak kini berjaya membentuk keperibadian yang mulia, sudah tentu mereka akan menjadi sandaran negara seperti yang terungkap dalam kata-kata mutiara  pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara 
  1. Melihat kepada senario masyarakat kontemporari, ibu bapa lebih cenderung untuk mengejar materialistik dan menjadikan pejabat sebagai rumah kedua mereka. Sikap ibarat enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing ini perlu dikikis segera bagi memastikan para remaja tidak terlibat dalam kemelut sosial.
  1. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, kadar remaja lari dari rumah  meningkat sebanyak 5.7 peratus dari tahun lepas. Sebelum nasi sudah menjadi bubur, ibu bapa perlu mengutamakan anak-anak mereka berbanding dengan hal-hal lain.
  1. Bagaimana acuan bgitulah kuihnya. Aforisme ini mengingatkan ibu bapa agar bertindak sebagai agen pencorak utama karakter anak-anak supaya mereka tidak mencetuskan cangkaliwang pada hari muka. Lantaran itu, penerapan pendidikan yang sempurna amat didambakan.
  12. Oleh itu, dalam kita mengharungi arus modenisasi, sudah tentu anak remaja tidak mahu dihimpit dengan  pemikiran yang jumud seperti katak di bawah tempurung.

没有评论:

发表评论