2014年6月25日星期三

Jawapan yang selalu boleh digunakan dalam kbkk sejarah

KEY WORD (LANGKAH-LANGKAH)
ISI-ISI
-KERAJAAN
1.mengadakan kempen tajuk
2.melancarkan slogan sendiri tambah slogan yang berkaitan
3meguatkusakan undang-undang tentang/berkaitan dengan tajuk
4.menaikkan taraf kemudahan cari kata kunci yang boleh digunakan berkaitan dengan tajuk
5.menyebarkan tajuk  dengan media massa

PERANAN INDIVIDU/ RAKYAT NEGARA/ REMAJA/ GENERASI MUDA
(ALL NILAI-NILAI MURNI )-
siapa(take from tajuk) harus mengamalkan amalan nilai yang anda pilih
1.kerjasama
2.tolong-menolong
3.hormat-menghormati
4.toleransi**
5.rasional**
6.semangat patriotik
7.kasih sayang
8.prihatin
9,rajin
10.taat kepada siapa
11.harga diri
12.berdikari
13.berazam
14.bertanggungjawab**
15.ketabahan
16.berhati-hati
17.ikhlas
18.jujur
.
.
.
TAKE NOTE: U NEED TO CHOOSE WHICH IS THE MOST SUITABLE, IF NOT SURE JUZ USE THE ** BECAUSE 80% OF KBKK CAN USE IT !!

OTHERS RESOURCE ABOUT KBKK I WILL POST IT LATER!!

Pantun yang boleh ditambahkan dalam karangan

Sungguh dalam di tengah lautan
Tempat bertapa sang buaya
Sesal dahulu pendapatan     
Sesal kemudian tiada gunanya
Maksud: Lebih baik menyedari kesilapan awal-awal supaya boleh dibetulkan.

Budak-budak bermain rakit         
    Rakit buluh tolong buatkan   
Harap-harapkan guruh di langit   
Air di tempayan dicurahkan
Maksudnya: Bodoh mendengar cakap orang sehingga diri sendiri kerugian
 
 
Sungguh dalam di tengah lautan
    Tempat bertapa sang buaya
Sesal dahulu pendapatan       
        Sesal kemudian tiada gunanya
Maksud: Lebih baik menyedari kesilapan awal-awal supaya boleh dibetulkan
 
Hang Nadim Hang Setia           
Dua-dua pahlawan Melayu
Tidak kusangka begitu dia       
Ada udang di sebalik batu
Maksud: Berpura-pura baik tetapi sebenarnya menyimpan niat tertentu
 
Kalau ada duit sekupang           
Boleh beli cuka mentahun
Habis padi burung terbang       
Ulat tidak kenangkan daun
Maksud: Lupa diri


Hujan panas turun berderai           
Guruh menyambar pohon jati
Kasih sayang tak boleh bercerai   
    Bagaikan rambut bersimpul mati
Maksud: Perasaan cinta dan kasih sayang yang sangat erat


Kayu bakar dibuat arang               
Arang dibakar memanaskan diri
Jangan mudah menyalahkan orang   
Cermin muka lihat sendiri       
Maksud: Cuba lihat kekurangan diri kita sendiri


Pergi ke rumah Cik Mariam           
Ramai orang tengah berjaga
Carik-carik si bulu ayam               
Lama-lama bercantum juga
Maksud: Adik beradik yang bergaduh, lambat-laun berbaik semula
 
 Limau purut lebat ke pangkal   
    Daun selasih di dalam raga 
Kalau kail panjang sejengkal   
    Lautan dalam jangan diduga
Maksud: Jika tak cukup persediaan, jangan berhajat atau berlagak besar
 
 Tikar pucuk tikar mengkuang,   
Alas nikah raja Melayu;
Ikan busuk jangan dibuang,
Buat perencah si daun kayu.
Maksud: jangan membazir dan haruslah mengamalkan amalan berjimat cermat
 
Cara menggunakannya
Contoh :
Tikar pucuk tikar mengkuang,    (pantun)
Alas nikah raja Melayu;
Ikan busuk jangan dibuang,
Buat perencah si daun kayu.

Pantun warisan di atas mengingatkan kita supaya tidak membuang ikan yang sudah busuk. Sebaliknya, suri rumah yang kreatif seharusnya memanfaatkan ikan busuk itu untuk dijadikan hidangan yang istimewa. Dengan sentuhan yang bijak, ditambah pula dengan pelbagai ramuan termasuk ulam-ulaman, ikan busuk itu akan menjadi makanan yang enak untuk dinikmati. Demikian, maksud secara literal pantun empat kerat di atas. Secara tersiratnya, pantun tersebut mengingatkan kita agar sentiasa berjimat-cermat dalam kehidupan amnya, dan perbelanjaan seharian khususnya. Tambahan pula, agama Islam sendiri melarang umatnya bersikap boros lantaran pemboros ialah sahabat syaitan. (penerangan)

Selepas penerangan, anda boleh memulakan karangan anda !

PERINCIAN PEMARKAHAN

Cara Pemeriksaan
 
BAHAGIAN A :
 
1.        Calon boleh menambah idea-idea lain yang tiada dalam bahan rangsangan, tetapi dengan syarat mesti membincangkan idea-idea yang terdapat dalam bahan rangsangan.
2.        Jika calon menghuraikan 2 daripada tiga idea yang terdapat dalam bahan grafik dengan ditambah 1 isi/ idea sendiri-periksa seperti biasa.
3.        Jika calon menghuraikan 1 daripada 3 idea yang terdapat dalam bahan grafik dengan ditambah 2 isi/idea sendiri-Maksimum Kepujian
4.        Calon yang tidak langsung menyentuh idea dalam bahan rangsangan, tidak layak untuk kategori cemerlang, walaupun bahasa dan pengolahan baik.
5.        Jika calon tidak menghuraikan bahan rangsangan tetapi mengemukakan isi/idea sendiri yang menepati tema bahan rangsangan :terima: Maksimum Memuaskan.
 
BAHAGIAN B
 
1.        Pemeriksaan dijalankan secara holistik berpandukan peringkat dan kriteria yang ditetapkan.
2.        Maksud kematangan dalam penulisan :
(a)     cara penulisan pelajar , lengkap dan betul wacana (ada kesinambungan idea )
(b)     Tahap pemikiran /contoh yang diberikan menunjukkan pengetahuan yang luas (tidak hanya berkisar isu-isu di sekitarnya) -bacaan luas
3.        Semasa penandaan, impression pertama adalah paling tepat kerana kita telah menilai karangan calon dari segi tugasan, bahasa dan olahan secara holistik.
4.        Elakkan mencari kesalahan calon untuk menurunkan markah calon. Cari kekuatan yang ada pada skrip calon.
5.        Bagi skrip cemerlang, perlu ada toleransi bagi kesalahan minimum kerana karangan cemerlang bukan bebas daripada kesalahan tatabahasa.
6.        Perlu dilihat secara holistik kriteria mana yang lebih dominan.
·         340 - 350 pp Tanda seperti biasa
·         300 - 339 pp lmpression turun sedikit / markah turun sedikit
·         251-299 pp Peringkat baik 51 – 65
·         Kurang 250 pp Peringkat kurang memuaskan 21 – 35
-          Jika bahasa baik -markah peringkat KM atas 28 – 35
-          Jika bahasa kurang gramatis - markah peringkat KM bawah: 21- 27
7.        Kesalahan format hendaklah ditolak maksimum 2 markah.
8.        Kesalahan ejaan hendaklah ditolak ½ markah dan pemotongan maksimum 3 markah. Tiada pemotongan markah bagi kesalahan ejaan yang berulang.

UNGKAPAN MENARIK DALAM KARANGAN

PENGGUNAAN AYAT GRAMATIS / MENARIK DALAM KARANGAN
 

Di bawah disertakan beberapa frasa yang dianggap gramatis untuk digunakan dalam sesuatu karangan. Anda boleh memilih frasa-frasa tersebut dan menggunakannya dalam karangan anda sekiranya sesuai dengan karangan yang ditulis. Perlu diingat, penggunaan frasa gramatis mungkin tidak sesuai untuk sesetengah karangan atau sesetengah ayat yang cuba anda buat. Oleh itu, pemilihan frasa gramatis perlu dilakukan dengan teliti dan berhati-hati. Kita tidak mahu, hanya kerana mahukan ayat kelihatan menarik, kesannya ayat yang digunakan tidak memberi makna langsung. Jadi berhati-hati ketika memilih dan menggunakan frasa gramatis yang diberi.

Antara contohnya adalah :

-kita perlu mengorak langkah

-kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini

-komitmen menyeluruh agensi yang terlibat

-Masalahnya, kita mahu memberi pendapat tetapi tidak rela dikritik

-makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan

-mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu

-manifestasi kesanggupan bangsa

-manusia bukanlah `haiwan robotik yang tidak mempunyai rasa dan jiwa

-masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan

-masalah putusnya komunikasi dan jurang generasi

-masalah sosial dan susila yang meruncing

-masih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempit

-masyarakat yang naif dengan mata kebendaan yang melalaikan

-melangkah dengan seribu kekuatan

-melontarkan soalan yang cukup penting

-melupakan cita-cita yang lebih luhur

-membangunkan generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu

-membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan

-membenam budaya hedonistik yang tidak berfaedah

-membetulkan ketidaktepatan fakta

-membimbing mereka memenuhi impian

-membina impian masa depan yang lebih gemilang

-membongkar kepincangan

-membuktikan sensitiviti, kepekaan dan keprihatinan mereka

-mempengaruhi minda generasi muda

-mempertahankan perasaan saling bersefahaman

-mempertingkat dan memperteguh kefahaman

-mempraktikkan elemen tolak ansur

-memudaratkan kesejahteraan rakyat

-menabur bakti kepada mereka yang kurang beruntung

-menaburkan nilai kebendaan yang tidak bertahan lama

-menagih komitmen dan pengertian serius semua pihak

-menampilkan wajah baru yang disulami tekad

-menangkis tuduhan yang tidak berasas

-mencapai tahap yang mencemaskan

-mencerminkan dengan jelas akan hakikat ini

-mencerminkan generasi yang muflis dan tercabut daripada akar tradisinya

-mendapat perhatian dan liputan media massa

-mendepani masa depan yang tidak menentu

-mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang

-mendukung kebenaran yang kita sepakati

-mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni

-mengambil langkah sederap

-menghirup udara hasil kemerdekaan

-mengikut acuan sendiri

-mengundang kontroversi

-menjadi cerucuk utama pembangunan

-menjulang negara ke puncak jagat

-menuntut setiap anak watan mengotakan aspirasi

-menyambut gamitan menara impian

-menyebabkan imej negara tercalar

-menyediakan kursus dan latihan yang relevan

-menyembunyikan masalah utama masyarakat

-mereka lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseran

-mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan
 
-muafakat merupakan inti kepada perpaduan

-negara kita akan bersih daripada unsur sosial yang tidak sihat

-nilai keinsanan yang syumul

-nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat

-pandangan pro dan kontra yang dipaparkan

-pelbagai cabaran yang bakal menghambat

-pelbagai masalah sosial sedang menghinggapi masyarakat

-pembentukan masyarakat sakinah
 
-pendedahan oleh pihak media massa menghangatkan senario ini

-perlu dibaja kembali

-perubahan yang diharap masih belum menjelma

-petanda kehancuran generasi

-pewujudan masyarakat madani

-propaganda negatif terhadap negara kita dapat ditepis

Penggunaan Peribahasa / Ungkapan / Kosa kataDalam karangan Dimensi Keluarga

  1. Sudah tentu sesuatu perkara yang berlaku tentu ada sebab-sebab yang mendorongnya kerana pepohon pokok tidak akan berliuk-liuk jika tidak ditiup angin. Hakikatnya, pembentukan keperibadian mulia anak-anak bermula daripada institusi keluarga.
  1. Malangnya, kebanyakan ibu bapa kini yang terlalu mementingkan kerjaya menyebabkan anak-anak mereka di rumah berasa tersisih seperti kata peribahasa;  anak kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan
  1. Ibu bapa merupakan uswah hasanah kepada anak-anak di rumah, justeru mereka mestilah sentiasa bersikap penyayang dan berbudi pekerti mulia dan jangan sesekali bersikap seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus, sedangkan diri sendiri berjalan mengiring.
  1. Anak-anak yang berfikiran kudus akan sentiasa mencontohi kelakuan ibu bapa mereka persis kata orang tua-tua bapa borek, anak rintik sementelahan ibu bapa merupakan tempat luahan isi hati dan penyimpan rahsia yang paling dipercayai anak-anak.
  1.  Lantaran itu, ibu bapa sewajarnya mengindoktrinasikan pucuk-pucuk hijau dengan nilai-nilai murni ini bagai menatang minyak yang penuh kerana anak-anak remaja kini sering melibatkan diri dalam kebejatan sosial dan budaya hedonisme yang begitu cepat merebak bagai virus epidemik
  1. Melalui nasihat dan ajaran yang baik, sudah tentu anak-anak akan tahu cara-cara untuk membezakan antara intan dengan kaca kerana mereka tahu  sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi. Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa Institusi keluarga  merupakan uslub yang represif dalam membentuk keperibadian anak-anak.
  1. Ibu bapa mestilah menjalankan obligasi masing-masing dengan tidak bersikap bagai melepaskan batuk di tangga.
  1. Jikalau anak-anak kini berjaya membentuk keperibadian yang mulia, sudah tentu mereka akan menjadi sandaran negara seperti yang terungkap dalam kata-kata mutiara  pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara 
  1. Melihat kepada senario masyarakat kontemporari, ibu bapa lebih cenderung untuk mengejar materialistik dan menjadikan pejabat sebagai rumah kedua mereka. Sikap ibarat enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing ini perlu dikikis segera bagi memastikan para remaja tidak terlibat dalam kemelut sosial.
  1. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, kadar remaja lari dari rumah  meningkat sebanyak 5.7 peratus dari tahun lepas. Sebelum nasi sudah menjadi bubur, ibu bapa perlu mengutamakan anak-anak mereka berbanding dengan hal-hal lain.
  1. Bagaimana acuan bgitulah kuihnya. Aforisme ini mengingatkan ibu bapa agar bertindak sebagai agen pencorak utama karakter anak-anak supaya mereka tidak mencetuskan cangkaliwang pada hari muka. Lantaran itu, penerapan pendidikan yang sempurna amat didambakan.
  12. Oleh itu, dalam kita mengharungi arus modenisasi, sudah tentu anak remaja tidak mahu dihimpit dengan  pemikiran yang jumud seperti katak di bawah tempurung.